"Perjalanan
hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan. Seandainya kita menyedari
hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan. Impian
dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."
"Orang yang berakal tidak berduka hati
kerana kedukaan hati tiada faedahnya. Banyak duka mengaburkan
akal. Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang
telah terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal."
" Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada
bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih
kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan
dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan. "
" Hidup tanpa pengorbanan
adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang adalah satu
pengkhianatan.Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti
kebahagiaan."
youtube.com and youtube.com - Videodl.cc
ReplyDeleteyoutube.com - download youtube videos Videodl.cc. Search for: videos, Videos, Forums, Photos, Videos - Videosl.cc.