Monday, 17 October 2011

"Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan.  Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan.  Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya."

"Orang yang berakal tidak berduka hati kerana kedukaan hati tiada faedahnya.   Banyak duka mengaburkan akal.  Tiada ia sedih kerana kesedihan tidaklah memperbaiki perkara yang telah terlanjur kerana banyak kesedihan mengurangi akal."

" Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan. "

" Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang adalah satu pengkhianatan.Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti 
kebahagiaan."